Monday 9 December 2013

Upcoming Workshop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan Bengkel SEM (AMOS) di UUM pada 1 & 2 April 2014. Butiran bengkel adalah seperti berikut:
    
    




Sekiranya anda berminat, hubungi kami di talian 012-7617293 (Cik Raihan) atau emel statresq@gmail.com untuk pendaftaran sebelum 21 Mac 2014.

Kekosongan hanya terhad kepada 20 orang pertama sahaja.

Corat Coret Bengkel Asas PLS-SEM (6 & 7 Disember 2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Selesailah sudah Bengkel Asas PLS-SEM yang dianjurkan di Universiti Utara Malaysia pada 6 & 7 Disember lalu. Terima kasih kepada fasilitator Dr. Mohd Sobhi bin Ishak atas kegigihan dan kesungguhan menyampaikan ilmu PLS-SEM ini. Terima kasih juga kepada para peserta yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyertai bengkel kami ini. InshaAllah Bengkel Lanjutan PLS-SEM (Advance) akan dianjurkan dalam masa terdekat. Kami akan maklumkan kepada semua peserta bengkel asas ini melalui emel. Selamat berjaya dan jumpa lagi di lain hari...:)






Wednesday 31 July 2013

Upcoming Workshop: SEM (SmartPLS): 6 & 7 Disember 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dimaklumkan, kami akan menganjurkan bengkel SEM (SmartPLS). Bengkel akan berlangsung selama dua hari dan dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Peserta akan disediakan dengan handouts, makan, goodies dan sijil penyertaan. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar Master, PhD dan sesiapa sahaja yang berminat untuk meneroka teknik statistik PLS-SEM. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

 Tarikh: 6 & 7 Disember 2013
 Masa: 8.30 pg- 5.00ptg
 Tempat: Universiti Utara Malaysia




Hari pertama:
 Asas SEM; pengenalan kepada aplikasi PLS-SEM.
 Pengenalan kepada SmartPLS;
 Memahami Algoritma PLS; membina PLS Path
  Modeling
 Membina Model Pengukuran dan Model
  Struktural
 Kebolehpercayaan (Reliability) dan Kesahan
  (Validity).
 Tutorial

Hari kedua:
 Mentaksir output SmartPLS; Bootstrapping
 Menganalisa Kesan Perantaraan 
  (Mediating) dan Kesan Penyederhanaan
  (Moderating).
 Multi-Group Analysis; Measurement 
  Invariance
 Tutorial.


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungan Cik Noraihan di talian 012-7617293 atau e-mail statresq@gmail.com.

**Pendaftaran sebelum 24 November 2013.

Terima kasih.

Friday 31 May 2013

Perjalanan Bengkel SEM (AMOS) 31 Mei - 1 Jun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Hari ini berlangsunglah Bengkel SEM (AMOS) di UUM yang disertai oleh pelajar-pelajar PhD dalam pelbagai bidang. Masing-masing banyak persoalan dan pengalaman untuk dikongsikan. Semua orang pun nampak sangat faham dengan penyampaian fasilitator Dr. Mohd Sobhi bin Ishak....Alhamdulillah. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada semua dan generasi akan datang...InshaAllah. Terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Jika ada masalah, jangan segan hubungi kami semula ye...:). Selamat berjaya kepada semua...





Monday 8 April 2013

Next Workshop: SEM (AMOS): 31 May-1 Jun 2013

Dimaklumkan bahawa, Bengkel Pemodelan Persamaan Struktur-SEM (AMOS) yang pada awalnya akan diadakan pada 24-25 April 2013 akan ditunda ke 31 May-1 Jun 2013 atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.  Pendaftaran telah dibuka. Kami memohon maaf di atas penangguhan ini.



Sunday 7 April 2013

Perjalanan Bengkel Penjanaan Proposal Penyelidikan Kuantitatif: 6 April 2013.

Alhamdulillah,  Bengkel Penjanaan Proposal Penyelidikan Kuantitatif yang dianjurkan pada 6 April 2013 lalu di Universiti Utara Malaysia berjalan dengan lancar. Stat-ResQ Consultancy mengucapkan terima kasih kepada semua peserta di atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel. Setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua fasilitator Dr Mohd Sobhi b. Ishak, Pensyarah Kanan dari SMMTC UUM dan Dr Azizah bt. Sarkowi, Pensyarah dari IPG Kampus Darul Aman, di atas pengisian bengkel yang bukan sahaja menarik tetapi sangat bermakna.



Peserta-peserta ni tekun, takut, confius atau clueless??.....heheh



Sesi perbincangan penjanaan proposal  dari fasilitator yang memahami masalah peserta...



Sesi perbincangan dan pemantapan proposal peserta...Go!! go!! En Fikri..hehe

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua peserta!!!.....


Sunday 17 March 2013

Bengkel Penjanaan Proposal Penyelidikan Kuantitatif


          Tarikh: 6 April 2013
                Masa: 8.30 pg- 5.00 ptg
Tempat: UUM

Tarikh tutup pendaftaran: 2 April 2013
Hubungi: 012-7617293

Tuesday 5 March 2013

Next Workshop: SEM

Atas permintaan, satu bengkel Structural Equation Modeling (SEM) akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.



Sekiranya anda menjalankan penyelidikan dalam Bahasa Melayu dan tidak faham penjelasan SEM dalam Bahasa Inggeris, inilah masanya untuk anda mendekati dan memahami teknik penganalisaan ini dengan lebih jelas kerana bengkel ini akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi kami di talian 012-7617293 atau e-mel statresq@gmail com.

Next Workshop: Penjanaan Proposal Penyelidikan (6 April 2013)

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menjana cadangan penyelidikan (proposal), jangan lepaskan peluang ini. Kami akan menganjurkan satu bengkel berkenaan bagaimana untuk membina proposal penyelidikan yang baik sama ada di peringkat Master atau PhD.

Bengkel dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan penyertaan anda semua adalah dialu-alukan. Keterangan lanjut dan pendaftaran, hubungi kami di talian 012-761 7293 atau e-mel statresq@gmail.com. 

Bengkel SEM

Bengkel ini telah dijalankan di Universiti Utara Malaysia pada:

  • 29-30 Disember 2012 
  • 12-13 Januari 2013
  • 22-23 February 2013

Pengisian bengkel:
  • Menentukan kesahan konstruk (Construct Validity)
  • Menentukan Model Pengukuran Keseluruhan (Overall Measurement Model)
  • Menentukan Model Struktur (Structural Model)
  • Menguji Hipotesis Kajian
  • Melaporkan hasil dapatan kajian dalam bentuk penulisan (Jurnal dan Tesis) 

Peserta terdiri daripada pelajar Master dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian dari UUM, UKM, UPM, UiTM dan Institut Perguruan (IPG).

Bengkel Statistik SPSS dan Statistik Inferensi

Bengkel ini telah dianjurkan di Universiti Utara Malaysia pada 16 Disember 2012. Ia bertujuan memberi panduan kepada para peserta berkenaan asas teknik pengukuran pemboleh ubah dalam penganalisaan data penyelidikan dengan menggunakan perisian SPSS. Pengisian bengkel fokus kepada:

  • Kaedah pengukuran (Nominal, Ordinal, Interval & Ratio)
  • Menentukan teknik pengukuran dan penganalisaan hubungan antara pemboleh ubah iaitu KORELASI dan REGRESI (Correlation and Regression).
  • Menentukan teknik pengukuran dan penganalisaan perbezaan antara pemboleh ubah iaitu t-Test dan ANOVA.
  • Assumption (Multicollinearity, Normality & Outliers).

Fasilitator: Dr. Mohd Sobhi Ishak
                   Pensyarah Kanan
                   Jabatan Teknologi Multimedia
                   Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi
                   Universiti Utara Malaysia

Sunday 24 February 2013

Senarai Bengkel

Antara Bengkel Statistik yang pernah kami anjurkan ialah:

1. Bengkel Statistik SPSS (16 Oktober 2012)
2. Bengkel Statistik Inferensi (16 Disember 2012
3. Bengkel Asas Pemodelan Persamaan Struktur-SEM (AMOS) (29 & 30 Disember 2012)
4. Bengkel Asas Pemodelan Persamaan Struktur-SEM (AMOS) (12 & 13 Januari 2013)
5. Bengkel Asas Pemodelan Persamaan Struktur-SEM (AMOS) (22 & 23 Februari 2013)
  • Construct Validity
  • Overall Measurement Model
  • Structural Model
  • Hypothesis Testing
  • Control Variable
  • Mediating and Moderating

Salam pengenalan

Kami menyediakan perkhidmatan rundingan dan analisis data SPSS dan SEM (AMOS) dan SEM (SmartPLS) kepada pelajar Degree, Master, PhD dan para penyelidik di luar sana.

Antara perkhidmatan yang kami tawarkan ialah:

1. Analisis data dan huraian ringkas
2. Pengumpulan, coding dan key-in data
3. Exploratory Data Analysis (EDA)
4. Membuat tugasan statistik
5. Sesi rundingan dan bengkel